Followers

Thursday 17 March 2011

ILMAM HARGAI SUMBANGAN DAN KHIDMAT KERAJAAN NEGERI


ILMAM Hargai Sumbangan dan Khidmat Semua Kerajaan Negeri

Segala puji-pujian dan rasa syukur kepada Allah taala, dengan Kehendak dan Inayah-Nya, telah memudahkan urusan pergi balik terhadap pelajar yang menuntut di Mesir, samada dalam bidang agama ataupun perubatan.

Isu pergolakan krisis politik di Negara Republic Mesir baru-baru ini, telah mendesak dan memaksa semua kerajaan sedunia membawa pulang warga negara masing-masing kembali ke negara masing-masing, tidak ketinggalan Negara Malaysia yang membawa pulang lebih 7 ribu pelajar Malaysia yang menyaksikan pelbagai adegan dan ragam yang ditunjukkan samada di kalangan pelajar sendiri, keluarga pelajar ataupun yang menyambut pelajar tersebut di KLIA.

Kini, musim peperiksaan di Universiti al-Azhar mahupun perubatan hampir tiba, yang mewajibkan pelajar yang dibawa pulang ke Malaysia baru-baru ini kembali ke Mesir semula, untuk mengambil bahagian dalam peperiksaan tersebut.

Maka, alhamdulillah, syukur kepada Allah taala, yang memudahkan kembali urusan pelajar tersebut kembali ke Mesir untuk meneruskan dan menamatkan pengajian mereka, dengan terlaksananya pemergiannya mereka dengan segala kos kewangan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri masing-masing.

Sekalung penghargaan buat kerajaan negeri di seluruh Malaysia daripada Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia di atas khidmat dan tanggungjawab serta sumbangan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri masing-masing dalam usaha menghantar kembali pelajar ke Mesir. Mudah-mudahan, segala usaha dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan mendapat perhatian dan bimbingan daripada Allah taala.

Kepada pelajar yang telah kembali dan akan kembali ke Mesir, kami pihak ILMAM Malaysia mendoakan agar segala urusan kalian semua sesampai di sana akan dipermudahkan oleh Allah taala. Fasiiruu 'ala Barakatillah...

Wassalam.

Ust Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli
Presiden,
Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia
.

Wednesday 16 March 2011

'KASIH AZHARI' bukti lepasan ALAzhar bersama masyarakat







Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) cawangan Negeri Sembilan telah Berjaya mengadakan Program Karnival Sayangi Rasulullah pada 12 Mac 2011 yang lalu.Program diadakan di Masjid Jamek Pekan Johol itu mempunyai aturcara yang pada bermula jam 8.30 pagi sehingga 10 malam.


Program Karnival tersebut dimulakan dengan sesi motivasi 'Rasulullah@Hatiku' yang melibatkan kira-kira 120 orang pelajar sekolah rendah dan menengah sekitarJohol. Sebanyak dua kertas kerja dibentangkan dengan tujuan untuk memperkenalkan Nabi Muhammad SAW kepada para remaja supaya mereka lebih mengasihi dan menghayati kehidupan baginda. Para peserta juga didedahkan dengan sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan kebenarannya dengan bukti saintifik. Program turut diserikan dengan sesi motivasi akhir yang disampaikan sendiri oleh Ustaz Hj.NorAzman Mohamad yang merupakan Pengerusi ILMAM cawangan Negeri Sembilan.



Pada waktu yang sama, di padang permainan Kampung Renggoh, satu pertandingan futsal telah diadakan. Pertandingan bagi merebut Piala Pengerusi ILMAM itu disertai 6 pasukan yang menyaksikan pasukan Skoolitan FC menjuarai pertandingan tersebut. Acara tamat kira-kira jam 3 petang.
Sementara itu Pengerusi ILMAM Cawangan Negeri Sembilan juga berkesempatan menziarahi fakir miskin di sekitar kampung Kabong, Dingkir dan UluI nas. Setiap fakir miskin yang dilawat diberikan hadiah berupa alat kelengkapan solat dan bahan bacaan.











Turut diadakan sepanjang Karnival sehari itu adalah pemeriksaan kesihatan percuma yang dikendalikan oleh Hospital Kuala Pilah. Selain itu juga rawatan kesihatan secara Islam turut diadakan. Para pengunjung berkesempatan merasai pengalaman kaedah rawatan 'ghurah' dan bekam yang menjadi amalan Nabi Muhammad SAW.Manakala pada sebelah petangnya pula satu ceramah khas kesihatan wanita turut diadakan.




Kemuncak program tersebut yang diadakan pada sebelah malam dimulakan dengan Forum Perdana bertajuk ' KepadaMuKekasih' yang membariskan ahli panel yang terdiri dari Ustazah Nik Norsaha bt Nik Mohamad dan Ustaz Hj Nor azman b Hj Mohamad. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah pertandingan futsal dan penyampaian hadiah kepada calon UPSR  yang berjaya mendapat 5A pada tahun 2010 lalu. Pelajar-pelajar dari Maahad Ahmadi Gemenceh telah diundang khas untuk mempersembahkan 'Madih' iaitu puji-pujian kepada Rasulullah SAW. 














Menurut Pengerusi ILMAM Negeri Sembilan, Ustaz Hj Nor azman b Hj Mohamad" Program Karnival ini adalah julung kali diadakan bertujuan mendekatkan masyarakat untuk mengenali Nabi Muhammad SAW di samping mempertengahkan peranan Mahasiswa lepasan Mesir di dalam masyarakat. Beliau merakamkan jutaan penghargaan kepada semua yang telah memastikan majlis ini berjalan dengan jayanya. ILMAM cawangan Negeri Sembilan menurutnya akan terus berusaha memperbanyakkan program ilmiah untuk mendidik masyarakat di Negeri Sembilan untuk terus mencintai Islam. "Menurutnya lagi, sambutan luarbiasa sebegini akan terus menaikkan semangat ILMAM untuk terus menabur bakti kepada ummah khususnya di Negeri Sembilan.



Antara gambar penerima hadiah pada malam penutup program tersebut  



         

                                          
Pengerusi ILMAM menyampaikan hadiah kepada mereka yang berjaya


Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancara program ini. Segala yang baik itu di sisi Allah sahaja penilaiannya. Selagi hidup, selagi itu berbakti.





































                                                  

















Laporan Ringkas Kasih Azhari


Karnival Sayangi Rasulullah 'KASIH AZHARI'

Tarikh Program : 12 Mac 2011 ( Sabtu )
Tempat : Masjid Jamek Pekan Johol
Anjuran :Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir ( ILMAM ) dengan kerjasama Masjid Jamek Pekan Johol

Tentatif Program :

1.       Motivasi Rasulullah@Hatiku
Masa  :8.30 am – 2.00 pm
Peserta : 120 orang pelajar berusia 10 – 17 tahun
Tempat : Masjid Jamek Pekan Johol

2.       Pameran Kesihatan dan Rawatan Kesihatan Islam
Masa : 10.00 am – 5.00 pm
Peserta :Penduduk Kampung
Tempat : Masjid Jamek Pekan Johol

3.       Pertandingan Futsal Piala Pengerusi ILMAM
Masa : 9.00 am – 4.00 pm
Peserta :Remaja berusia 16 tahun ke atas
Tempat : Masjid Jamek Pekan Johol

4.       Ziarah Mahabbah Fakir Miskin
Masa : 10.00 am – 1.00 pm
Tempat :Sekitar Inas dan Renggoh

5.       Forum Perdana bertajuk “KepadaMu Kekasih”
Masa :7.00 pm -10.00 pm
Kehadiran :Penduduk Kampung sekitar 300 – 350 orang
Tempat : Masjid Jamek Pekan Johol

Alhamdulillah, program yang dirancang dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan, segala usaha dan jasa serta keringat yang diluahkan dalam usaha menyampaikan bakti kepada warga Negeri sembilan ini hanya Allah sahaja menjadi penilainya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ahli JawatnKuasa Pelaksana, Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Pekan Johol dan juga semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Wednesday 9 March 2011

jemput hadir ke program Ilmam bersama masyarakat

Dijemput hadir semua rakyat Johol ...1. Program Motivasi Rasulullah@Hatiku utk anak berumur 10-17thn (percuma) contact : 0102460602(ijan) 2.Futsal(yuran komitmen RM 30-akan dipulangkan) 16 tahun ke atas contact : 0136782380(amar) Forum malam itu panelnya Peng.Ilmam n9 & Ustzh Nik Norsaha. Turut disampaikan hadiah penghargaan kepada calon UPSR 2010 yg mendapat 5A dari SKUJ dan SKN. Harap dpt panjang2kan

aturcara program

program-program menarik...

antara program menarik...

Program Ilmam Minggu ini

semua dijemput hadir

Selamat Datang

Assalamualaikum...maaf kepada sidang pembaca sekalian...blog ini masih dalam proses penambahbaikan...

ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaikum....selamat datang diucapkan kepada semua pembaca...kini ILMAM N.S mengorak langkah dalam menjana penyatuan ummah, melangkah ke satu tapak lagi, maka terbitlah laman ini yang akan membentangkan sebanyak mungkin perkara berkaita yang berlaku di sekitar ILMAM N.S...

selamat membaca dan berkongsi, sebarang maklum balas, bolehlah di hantarkan ke ilmamn9@gmail.com..

Terima Kasih
 
.::ILMAM N.SEMBILAN::.. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.