Followers

Wednesday 16 March 2011

'KASIH AZHARI' bukti lepasan ALAzhar bersama masyarakat







Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) cawangan Negeri Sembilan telah Berjaya mengadakan Program Karnival Sayangi Rasulullah pada 12 Mac 2011 yang lalu.Program diadakan di Masjid Jamek Pekan Johol itu mempunyai aturcara yang pada bermula jam 8.30 pagi sehingga 10 malam.


Program Karnival tersebut dimulakan dengan sesi motivasi 'Rasulullah@Hatiku' yang melibatkan kira-kira 120 orang pelajar sekolah rendah dan menengah sekitarJohol. Sebanyak dua kertas kerja dibentangkan dengan tujuan untuk memperkenalkan Nabi Muhammad SAW kepada para remaja supaya mereka lebih mengasihi dan menghayati kehidupan baginda. Para peserta juga didedahkan dengan sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan kebenarannya dengan bukti saintifik. Program turut diserikan dengan sesi motivasi akhir yang disampaikan sendiri oleh Ustaz Hj.NorAzman Mohamad yang merupakan Pengerusi ILMAM cawangan Negeri Sembilan.



Pada waktu yang sama, di padang permainan Kampung Renggoh, satu pertandingan futsal telah diadakan. Pertandingan bagi merebut Piala Pengerusi ILMAM itu disertai 6 pasukan yang menyaksikan pasukan Skoolitan FC menjuarai pertandingan tersebut. Acara tamat kira-kira jam 3 petang.
Sementara itu Pengerusi ILMAM Cawangan Negeri Sembilan juga berkesempatan menziarahi fakir miskin di sekitar kampung Kabong, Dingkir dan UluI nas. Setiap fakir miskin yang dilawat diberikan hadiah berupa alat kelengkapan solat dan bahan bacaan.











Turut diadakan sepanjang Karnival sehari itu adalah pemeriksaan kesihatan percuma yang dikendalikan oleh Hospital Kuala Pilah. Selain itu juga rawatan kesihatan secara Islam turut diadakan. Para pengunjung berkesempatan merasai pengalaman kaedah rawatan 'ghurah' dan bekam yang menjadi amalan Nabi Muhammad SAW.Manakala pada sebelah petangnya pula satu ceramah khas kesihatan wanita turut diadakan.




Kemuncak program tersebut yang diadakan pada sebelah malam dimulakan dengan Forum Perdana bertajuk ' KepadaMuKekasih' yang membariskan ahli panel yang terdiri dari Ustazah Nik Norsaha bt Nik Mohamad dan Ustaz Hj Nor azman b Hj Mohamad. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah pertandingan futsal dan penyampaian hadiah kepada calon UPSR  yang berjaya mendapat 5A pada tahun 2010 lalu. Pelajar-pelajar dari Maahad Ahmadi Gemenceh telah diundang khas untuk mempersembahkan 'Madih' iaitu puji-pujian kepada Rasulullah SAW. 














Menurut Pengerusi ILMAM Negeri Sembilan, Ustaz Hj Nor azman b Hj Mohamad" Program Karnival ini adalah julung kali diadakan bertujuan mendekatkan masyarakat untuk mengenali Nabi Muhammad SAW di samping mempertengahkan peranan Mahasiswa lepasan Mesir di dalam masyarakat. Beliau merakamkan jutaan penghargaan kepada semua yang telah memastikan majlis ini berjalan dengan jayanya. ILMAM cawangan Negeri Sembilan menurutnya akan terus berusaha memperbanyakkan program ilmiah untuk mendidik masyarakat di Negeri Sembilan untuk terus mencintai Islam. "Menurutnya lagi, sambutan luarbiasa sebegini akan terus menaikkan semangat ILMAM untuk terus menabur bakti kepada ummah khususnya di Negeri Sembilan.



Antara gambar penerima hadiah pada malam penutup program tersebut  



         

                                          
Pengerusi ILMAM menyampaikan hadiah kepada mereka yang berjaya


Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancara program ini. Segala yang baik itu di sisi Allah sahaja penilaiannya. Selagi hidup, selagi itu berbakti.





































                                                  

















0 cadangan:

Post a Comment

 
.::ILMAM N.SEMBILAN::.. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.